Tuesday, August 4, 2015

RINDU BERTALU : Stewardess

Abaikan background tu ;)

Dah lama rasanya tak menaip sejak berkerjaya. Ya bekerjaya.. Kerjaya sebagai Pramugari atau dalam bahasa omputihnya Stewardess..gittew.

Bukanlah angan-angan sejak kecil, tapi lumrah diri yang suka tengok perempuan cantik melaram. Angan-angan asal adalah seorang cikgu, sebab senang bila anak cuti, mak pun cuti.. haa nampak tak perancangan dari kecil sampai dah fikir soal anak bagai. Family type sangat. kohkoh

Habis je belajar di UiTM Perak Seri Iskandar dalam jurusan Bachelor in Office Admin (Hons), berangan dulu di kedai sendiri..masa tu I buka Dobi di Sunway City Tambun Ipoh. Berangan la mek dalam 2bulan, rasa-rasa diri i dah serabai tongtong mengerjakan dobi sendiri, peluh melekit, iron baju orang, basuh baju orang, underwear orang. Omaigod..nak cari rezeki katanya..  lecak ketiak tak kira..ahhaaaaiii.. 

gambar kenangan bersama favourite leading di akademi

Set crew ke Bombay


Sampai la nampak iklan temuduga Malaysia Airlines Stewardess. Walk-in terus ke Kelana Jaya Malaysia Airlines Academy.  Dari Ipoh seawal 5.30pagi. Temuduga dari 8.30pagi membawa lah ke 9 malam.. huwargghhhh! penat ceq oii! Tapi dengan berkat kegigihan tawakal usaha tangga kejayaan berenang-renang ke hulu bersenang-senang kemudian, sampai lah ke final stage temuduga. Cukup 1 minggu lepastu dapat panggilan diterima bekerja you alls! 

Itu lah antara detik awal dalam bidang penerbangan. Baru lah dapat melaramsss macam Ramlah Ramss Scarlett Johansson.

Jumpa kawan UiTM tengah tunggu flight ke Dubai..hello Capang!

MAS, Air Asia X, MAS Wing : bergabung di Tokyo

Suami yang jumpa seminggu 2,3 hari..


okay cukup la entry kali ni. dah lama tak menaip..menggagau jari jemari runcing ni menari ala-ala lagu jamal Abdillah. Tunggu masa jari boleh shuffle lagu Dato M.Daud Kilau ..baru syiokk menaip kenns! 

next entry: tips temuduga pramugari/pramugara. tunggu hokay!

Tuesday, July 17, 2012

BULAN RAMADHAN: Cara artis cuci baju!!!




Cara artis cuci baju??? Jawapannya D.O.B.I.  Dengan diskaun yang hebat sempena pembukaan dan Ramadhan yang akan menjelang tiba.. tidak salah manjakan tangan anda dari mencuci pakaian yang telah dipakai seminggu hanya dengan menghantar ke dobi kami.  Sempena Ramadhan dan Syawal ini, selain diskaun cucian biasa dan kering, kami juga berikan diskaun untuk cucian barangan rumah seperti toto, comforter, sarung kusyen, cadar dan lain-lain.



 Tawaran diskaun adalah sah sehingga 30th September 2012.  Kami juga menerima SUB DRY CLEANING untuk kedai dobi yang berminat dengan margin 30%.






Flowers Laundry terletak bersebelahan  Sunway College di Sunway City Ipoh. Jumpa di sana!
YOUR COMFORTABILITY IS OUR PRIORITY

jangan lupa like page ni tau:: http://www.facebook.com/FSpeedBizz

Tuesday, February 21, 2012

SIHIR!

Assalamualaikum...




Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta.

Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
* Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
* Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
* Polong : Bagi menghisap darah mangsa
* Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi  panas terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya... 

Sunday, August 21, 2011

Papa Guard Oh Papa Guard!

Assalamualaikum..

you all yang warga IPTA or IPTS selalu ada masalah dengan PAK GUARD tak?  hmm..ni  ada satu cerita yang agak kurang suka didengar di awal pagi bulan yang mulia ni...**fyda bersabar lah..sia-sia je puasa ko nanti**      ceritanya begini  ..

As usual, weekend ni ramai lah yang nak menyewa kereta especially budak-budak campus yang menganggap weekend adalah hari bahagia untuk lepas dari tension study..*tension weh!  pagi tadi ada student call nak sewa.."kakak,viva manual halfday berapa? RM70 ye? ok deal! eh eh tapi kan kak, ......  Wallet saya kene curi kat dalam bilik Block (asrama), IC and License hilang, ni baru ada masa nak pergi renew,dah sebulan takda lesen and IC," SEBULAN weh!!!!


Apa yang Fyda panas hati sangat, mengikut cerita student yang baru Semester 2 ni, Pak Guard campus dot dot dot ni tak bagi buat laporan polis, *balai polis sekentot je kat depan campus tuh**
 hellooooowww...dah susahkan budak ni kot, If buat laporan polis, bayaran denda untuk renew ic RMO... ni tak pasal pasal budak tuh bayar RM110 denda renew IC..Pak Guard tu ade ke nak tolong bayarkan????

Lagi satu menyusahkan budak tu untuk menyewa kereta sebab takde prove yang membuktikan Lesen dia hilang.. if ada Laporan Polis kan senang.. Tunjuk je laporan tu if kene tahan dengan polis yang buat roadblock sempena nak raya ni pulak.. kan? kan? setuju tak dengan fyda??? haihh... *mengeluh..

Dalam hal-hal ni, Pak guard yang tak bagi buat laporan polis semata-mata nak jaga air muka campus tersebut sangat lah meluat..dengan alasan, susah nanti jika pihak polis buat siasatan kat dalam campus.. huh! sangat tak boleh diterima alasan tuh.. 

Fyda bukan apa..kesian kat junior tu, macam baik sangat lah ikut cakap Pak Guard tuh, da boleh fikir kan dik baik buruk benda tuh..hmm..   So, all junior students out there..watch out about this..take it as a lesson so that we can think of which one is better for ourselves. Minta pendapat ramai pihak,lebih elok dari ibu bapa sendiri.


Denda IC (Kad Pengenalan) Hilang / Renew IC

mykad hilang

Sekali hilang kena bayar Rm110.00, dua kali hilang Rm210.00, dan tiga kali (maksimum) hilang kena bayar sampai Rm310.00

Lagi satu..pada yang hilang IC sebab kena curi/rompak tak perlu bayar denda..
Just tunjuk report polis yang mengatakan beg dompet korang kena curi..
So, tak perlu la bayar okeh!!